|
Salam 1 Malaysia...
Masih tidak terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah
kepada semua pelajar Ting. 5 dan 6 yang telah pun memulakan persekolahan pada 4 Januari lalu.
Kami daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Teknik Johor Bahru berharap semua
pelajar dapat menyesuaikan diri kembali dengan jadual persekolahan yang padat tahun ini
bagi menghadapi peperiksaan SPM dan STPM pada November nanti. Sekiranya pelajar
ada sebarang perkara atau permasalahan yang ingin dikongsikan bersama, kami sentiasa
bersedia membantu. Bagi memastikan pelajar sentiasa bermotivasi untuk belajar dengan
lebih fokus dan bersungguh-sungguh, beberapa program pembangunan akademik telah
dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Program yang telah dijalankan dan akan
dijalankan pada terdekat ini seperti berikut :
- PROGRAM RE-ORIENTASI PELAJAR TING.5 DAN 6
1) TAKLIMAT DISIPLIN
TARIKH : 4 JANUARI 2012 (RABU)
MASA : 3.00-5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG
PENCERAMAH : PN HJH SAZALIAH BINTI OTHMAN
(PK HEM SM TEKNIK JOHOR BAHRU)
2) CERAMAH PEMBENTUKAN MINDA CEMERLANG PELAJAR
TARIKH : 5 JANUARI 2012 (KHAMIS)
MASA : 3.00-5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG
PENCERAMAH : IR FAUZI BIN HASHIM - ALUMNI
(PRINCIPAL ENGINEER, SMHB CONSULTING ENGINEER SDN BHD)
- BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR SPM DAN STPM 2012
TARIKH : 7 JANUARI 2012 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG
PENCERAMAH : PROF DR SHAUN ZENG
(FOUNDER OF INSTITUTE OF TRAINING SPECIALIST & PRACTITIONERS)
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, pelajar
perlu memaklumkan kepada guru bimbingan dan kaunseling, samada Pn Nuridiamiyanti Binti
Samiron atau Pn Norhasimah Binti Hashim di bilik kaunseling sekolah pada hari sebelum
program dijalankan. |