Terkini

Warga SMTJB mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada pelajar Lepasa SPM 2011 di atas kejayaan SPM 2011.

Login Form



Forum SMTJB

SLIDESHOW

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini24
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu Ini24
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1506
mod_vvisit_counterBulan Ini4584
mod_vvisit_counterBulan Lepas9448
mod_vvisit_counterSejak Oktober 2010272313

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.179.219
 , 
Today: May 21, 2012


PORTAL RASMI SMT JOHOR BAHRU
TIPS MOTIVASI DIRI PDF Print E-mail
Written by Fatin Nasuha binti Ramli, 4P2/2012, SMTJB   
Wednesday, 02 May 2012 12:03

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir. Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit  tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan.

 

 

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
 

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini. 
 

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
 

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. 
 

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
 

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.
 
Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah. :)
 
FATIN NASUHA BINTI RAMLI
4 PERTANIAN 2 / 2012
SM TEKNIK JB

 

 
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2011 YANG BERJAYA MENERIMA TAWARAN MATRIKULASI PDF Print E-mail
Written by norhasimah bt hashim   
Friday, 27 April 2012 04:52

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMTJB SPM 2011 yang kini telah berjaya menerima tawaran Kolej Matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal dan Teknikal. Kami daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling amat berbesar hati sekiranya semua bekas pelajar tersebut yang telah menerima tawaran dapat menghubungi kami dan memaklumkan samada anda meneruskan pengajian di kolej matrikulasi atau pun ingin menyambung pengajian di institusi pengajian yang lain. Untuk makluman semua pelajar SPM 2011,status permohonan  IPTA akan diketahui tidak lama lagi. Oleh sebab itu, kami berharap anda semua dapat menunggu sehingga tawaran IPTA diberikan kepada anda, kemudian anda pertimbangkan dengan baik pilihan terbaik untuk diri anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pun ingin mendapatkan bimbingan untuk membuat pilihan, kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling SMTJB bersedia membantu anda.

 

Seki. Terima Kasih.

 
SEMAKAN HASIL KERJA PELAJAR PDF Print E-mail
Written by Penolong Kanan   
Friday, 27 April 2012 00:41

Sila hantar latihan / hasil kerja pelajar Tg 5 untuk disemak oleh GKMP pada bulan April.

Sila download borang  ISO semakan hasil kerja pelajar Tg 5.

Terima kasih.

 
KARNIVAL VOCTECH ZON JOHOR 2012 PDF Print E-mail
Written by norainics   
Sunday, 22 April 2012 10:58

DSC 4076 50

Karnival VOCTECH Zon Johor Tahun 2012 melabuhkan tirainya pada jam 6.00 petang hari Ahad 22 April 2012.

SM Teknik Johor Bahru telah mengambil bahagian di dalam permainan berikut dan keputusannya adalah

 

1. Bahas Bahasa Inggeris - Johan (akan mewakili Zon Johor ke Karnival VOCTECH Peringkat Kebangsaan di Penang)

2. Bola Jaring - Naib Johan

3. Sofbol (P) - Tempat Ketiga

4. Bola Sepak - Pusingan Awal

5. Ragbi - Pusingan Awal

6. Sepak Takraw - Pusingan Awal

 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang khususnya kepada Pasukan Bahas Bahasa Inggeris yang terus unggul mengekalkan kejuaraan, begitu juga dengan pasukan Bola Jaring dan Sofbol (P) yang juga mengekalkan kedudukan di tempat kedua dan ketiga.

Kepada pasukan yang tewas diharap dapat menggandakan usaha yang lebih bagi meningkatkan pencapaian pada masa yang akan datang.

Maklumat lanjut berkaitan dengan karnival tersebut boleh diperoleh di group katjohor.

Tahniah, syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kontigen yang terdiri daripada Pengurus, Jurulatih, Fisio dan semua yang terlibat dalam pembentukan pasukan.

Tahniah, syabas dan terima kasih juga ditujukan khusus kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola yang terdiri daripada JK Penginapan, JK Seranta & Publisiti, JK Rakaman & Dokumentasi, JK Bahas Bahasa Inggeris, JK Pertandingan Sepak Takraw yang telah dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amat baik sekali sehingga perjalanan karnival berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

 

Last Updated on Sunday, 22 April 2012 10:58
 
AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PDF Print E-mail
Written by norhasimah bt hashim   
Tuesday, 17 April 2012 01:24

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

 

Perhatian kepada semua guru penasihat Unit Beruniform dan semua pelajar. Ceramah jenayah siber ditangguhkan dan digantikan dengan perjumpaan Unit Beruniform seperti ketetapan berikut:

 

Hari: Rabu

Tarikh: 18 April 2012

Masa: 3.00-4.00 petang

 

Harap Maklum...

Sekian. Terima Kasih.

 
ANALISIS SPM 2011 PERINGKAT BPTV PDF Print E-mail
Written by norainics   
Saturday, 14 April 2012 02:58

Pasukan/Panel Analisis Peperiksaan SPM 2011 Peringkat Bahagian Pendidikan Teknikal & Vokasional telah bermesyuarat pada 9 - 13 April 2012 di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dan hasil daripada mesyuarat tersebut iaitu Analisis Peperiksaan SPM 2011 Peringkat BPTV boleh didownload di sini.

alt

Last Updated on Saturday, 14 April 2012 02:59
 
Flyer Promosi 5S SMTJB PDF Print E-mail
Written by norainics   
Thursday, 05 April 2012 09:49

Flyer/Gambar Promosi 5S SMTJB boleh di download di link berikut;

 

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire  Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire  Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

 

 

Logo 5S SMTJB

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 13

Banner 1

Banner 3

Bunting 2

Bunting 3

Bunting 4

 

 

 

Last Updated on Friday, 06 April 2012 23:56
 
Pertandingan DC Motor anjuran UTM PDF Print E-mail
Written by smtjbedu   
Friday, 30 March 2012 01:43

Pasukan Muhammad Izzudin Bin Mokthar (5M1), Mohamad Hafiz bin Hadis (5E1) dan Muhammad Fard Faiz b Maslam (5M1) menjuarai Pertandingan DC Motor anjuran UTM pada 29/03/2012. Mereka hanya datang jumpa Papa 2 kali sahaja (lebih kurang 1/2 jam satu sesi) untuk mempelajari ASAS E&E. Papa amat berbangga dengan kejayaan dan kreativiti Anak-Anak SMTJB ke arah Transformasi PTV yang kini giat dilaksanakan. Tuan Pengarah BPTV juga turut mengirim msg "Bravo. We are PROUD of U Papa Chia. Send my regards to all the Team Members" - Papa Chia (Pengetua SMTJB)


*klik untuk kebesaran gambar


Last Updated on Friday, 30 March 2012 02:04
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4